Friday, 26 July 2013

Dengan Lafaz Bismillah..

Assalamualaikum W.B.T,

Syukur ke hadrat Allah S.W.T akhirnya tercipta juga blog untuk tujuan berkongsi jatuh, bangun dan suka duka saya menjadi isteri kepada en suami yg sangat dicintai dan anak-anak sebagai penghias rumah tangga kami. Syukur, ke hadratmu ya ALLAH. ((;

Sudah tahun ke-5 kami bersama, tahun ini menjadi tahun pertama saya meletakkan jawatan di sebuah syarikat milik kontraktor bumiputera sebagai Pembantu Jurukur Bahan dan menjadi suri rumah sepenuh masa dan berbakti kepada mereka bertiga yang amat saya cintai. Alhamdulillah, sudah bulan ke-3, Allah kurniakan rezeki yang tidak putus-putus. Semoga Allah kurniakan rezeki yang berpanjangan buat kami bertiga. Amin.

Disamping menjaga suami dan anak-anak, saya juga melibatkan diri dengan berniaga kecil-kecilan di facebook. Menjadi suri rumah, bukanlah tugas mudah yg boleh dipandang enteng. Celik mata di awal pagi sudah bermulanya tanggungjawab hinggalah saat memejamkan mata semula. ((: Jadi, en suami2 di luar sana, hargailah isteri anda ya. Menjadi ibu dan isteri bukanlah satu tugas mudah. Ditambah pula sekarang, kebanyakan isteri berkerja demi membantu suami. Ya Allah, perit jerihnya hanya Allah yang tahu. Buat para isteri, tahniah, membantu suami bukanlah tugas mudah, sama-sama memerah keringat, berkorban masa dan tenaga demi mengukuhkan kewangan rumah tangga. TAHNIAH. ((;

Oh ya, sebelum terlupa. Saya berniaga tudung chiffon 3 layer yg menjadi trend di masa kini. ((; sudi2 lah jengah ke Facebook saya ea. Mana tahu ada yg berkenan di mata. ((;

Sebelum menutup tirai, saya adalah seorang Independent Distributor untuk produk Shaklee. ((; Baru saja menceburkan diri. ((; Semoga Allah luaskan rezeki kita bersama. ((:



No comments:

Post a Comment